Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

250 Anggota PKR Parlimen...

TUARAN — Sebanyak 250 anggota PKR di kawasan Parlimen Tuaran termasuk 10 Ketua...

Awas DAP Bermuslihat

Beberapa nama besar dalam DAP mengumumkan akan berhenti sementara daripada politik.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramBenarkah atau...

Dewan Rakyat : Pesawat...

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memulakan proses penggantian pesawat Hawk 108/208 milik Tentera...

Majlis Matlamat Pembangunan Mampan...

PETALING JAYA : Kerajaan bersetuju menubuhkan Pusat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara...

Lelaki Gay Miliki 10 Anak Dengan 9 Wanita Berbeza

WALAUPUN gay, seorang lelaki sedia membantu mana-mana wanita yang tidak mempunyai anak dengan menunaikan hasrat tersebut.

Caranya, dia menjadi penderma sperma dan kini hasil daripada derma kepada lebih 50 wanita, Kenzie Kilpatrick, 26, sudah menjadi ‘bapa’ kepada 10 anak yang dilahirkan sembilan wanita berbeza.

Kenzie yang tinggal di Birmingham memulakan pendermaan sperma pada Jun tahun lalu dengan membuat iklan di laman sosial Facebook.

Dia tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk servis yang dibuatnya kecuali kos perjalanan atau tempat penginapan sekiranya dia perlu keluar dari tempat tinggalnya.

Akaun Facebook yang menawarkan servisnya itu dipanggil Drama Free UK Sperms Donor yang kini mempunyai lebih 200 ahli.

Selepas dihubungi oleh wanita yang berminat, dia akan membuat temu janji untuk berjumpa di rumah mereka atau di mana-mana bilik hotel.

2A0CC69500000578-0-image-a-60_1435492502153

Dia kemudiannya akan memberikan sampel sperma kepada mereka yang boleh disuntik secara peribadi menggunakan picagari.

Kenzie yang merupakan seorang homoseksual memberitahu, enam daripada sembilan wanita yang menggunakan servisnya sudah melahirkan anak 10 minggu lalu.


Mereka telah melahirkan dua anak perempuan dan lima anak lelaki termasuk sepasang anak kembar.

Terbaru seorang lagi bayi telah dilahirkan minggu lalu dan tiga lagi wanita bakal melahirkan anak pada bulan hadapan.

Kenzie mendapat idea untuk berbuat demikian selepas meneliti perkara ini di sebuah laman web.

“Saya rasa sangat luar biasa apabila mengetahui bakal mempunyai 10 orang anak yang akan meneruskan gen saya.

“Tapi saya tidak rasa saya perlu kenali mereka dan terus berhubungan dengan ibu bapa mereka, saya hanya sediakan sperma dan tidak akan terikat dengan mereka,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Daily Mail

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori