SEBUAH gitar milik lagenda muzik, John Lennon yang pernah hilang dan dipercayai dicuri pada tahun 1963 kini dijumpai telah menjadi hak milik seorang lelaki di San Diego.
Gitar milik ahli kumpulan The Beatles itu dibeli oleh Lennon sendiri pada tahun 1962 di London namun dikatakan hilang selepas membuat persembahan untuk Hari Natal di London.
Apa yang lebih menarik, gitar yang sama dan sepadan turut dimiliki oleh ahli kumpulannya yang lain, George Harrison, yang membelinya bersama-sama dengan Lennon ketika itu.
Walau bagaimanapun, gitar tersebut telah dimiliki oleh pemilik barunya, John McCaw, seorang kontraktor yang juga pemain gitar amatur pada tahun 1969.
Gitar itu dijual kepada McCaw oleh kawannya dengan harga RM700 selepas membelinya di sebuah kedai muzik 2 tahun sebelumnya.
McCaw mula mendapati gitar itu adalah milik Lennon selepas terlihat gambar sebuah gitar milik George Harrison di dalam majalah pada tahun 2012.
McCaw merasakan gitar itu mungkin bermakna bagi sesetengah pihak dan dunia, dia telah merujuk kepada pakar untuk mengesahkan kesahihan gitar itu adalah milik Lennon.
Kesan calar dan beberapa yang ditinggalkan akibat cara penggunaan yang agak kasar oleh Lennon telah memudahkan lagi kerja serta mengesahkan ianya adalah milik Lennon.
Kini gitar itu berada di rumah lelongan tertutup dan pengumpul barangan dijemput untuk membida gitar itu November nanti.
Pakar menganggarkan gitar itu akan dijual dengan harga mencecah lebih RM2 juta. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: WPXI
Oleh: Pitt