Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

3 Anggota SMART, Pengurus...

SEPANG - Tiga anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan seorang...

DAP Cuba Samaratakan Islam...

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa cadangan Senator...

Unit Anti Keganasan Bakal...

BACHOK - Unit Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia akan dinaik taraf kepada bahagian...

Kucing Digigit Teruk Anjing...

PETALING JAYA – Seekor kucing digigit oleh sekumpulan anjing liar meruntun hati warga...

Lelaki Mengaku Bunuh Anjing, Dakwa Haiwan Itu Dirasuk

KEJAM.. seorang lelaki telah ditahan pada sabtu selepas dipercayai membunuh seekor anjing milik rakannya yang dikatakan telah dirasuk.

Alex Allen Webb, 23, telah ditahan di Pusat Tahanan Daerah Washington dan dikenakan bon sebanyak 3,500 dollar kerana melakukan perbuatan kejam terhadap seekor anjing.

Ironinya, anjing malang yang diberi nama Lucky itu adalah milik rakannya, Steven Grudzien, yang tiada di tempat kejadian semasa ianya berlaku.

Seorang lagi rakannya, Derry White yang datang ke rumah itu terkejut melihat keadaan anjing tersebut yang terbaring dan sudah tidak bernyawa lagi di dalam bilik air.

Derry memberitahu pihak polis bahawa Alex menyatakan kepadanya anjing tersebut telah dirasuk dan haiwan itu perlu mati.

Alex meminta bantuan Derry untuk menghapuskan bukti anjing tersebut namun ditolaknya.

Selepas menerima panggilan, polis yang menuju ke tempat kejadian menemui baju yang basah milik Alex serta mendapati keadaan di dalam tab mandi itu jelas berlakunya situasi panik dan pergelutan yang terjadi kepada anjing tersebut.


Walaupun pada mulanya dia mengakui telah membunuh anjing tersebut tapi kemudiannya dia memutarbelitkan cerita dan menyatakan anjing itu telah melarikan diri.

Polis masih tidak jumpai badan anjing tesebut dan kes yang dilakukan oleh Alex ini bukanlah yang pertama kali kerana pada tahun 2011 dia  telah menyembelih seekor anak kucing.

Dasar tak berperikemanusiaan, lelaki seperti ini patut terima hukum yang lebih berat!

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=zKigConPX90

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori