Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

BN Perlu Elak ‘Talak...

SABAK BERNAM – Barisan Nasional (BN) perlu mengelak daripada ‘dijatuhkan talak tiga’ di...

Najib Razak Terbuka Terima...

MEMIKUL tanggungjawab sebagai Perdana Menteri bukanlah semudah yang disangka, namun Datuk Seri Najib...

Jual Arak Tak Ikut...

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) mengeluarkan 10 notis kompaun berjumlah RM30,000...

Sukan Asia 2018: Pendekar...

JAKARTA - Berjuang hingga titisan darah terakhir. Itu keazaman pesilat negara apabila akan turun...

Lelaki Perkosa Nenek 101 Tahun Di Amerika Syarikat

Milwaukee (Amerika Syarikat) – Seorang penjenayah memberitahu polis dia merogol seorang nenek berusia 101 tahun kerana bernafsu melihat mangsa berbaring di atas katil ketika merompak rumah wanita itu.

Antoine Devon Pettis membuat pengakuan itu selepas ditahan polis kerana disyaki merompak dan merogol warga emas berkenaan.

Pettis berkata, dia hanya merancang untuk merompak dan tidak merancang merogol wanita berkenaan.

“Kalau saya merancang untuk merogol mangsa sudah tentu saya membawa kondom.

“Saya mahu merompak, tetapi saya mengubah fikiran selepas mendapati mangsa terlalu menarik ketika berbaring di katil,” katanya.

Polis berkata, serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan terpaksa dirawat di hospital.


Pettis ditahan tidak lama selepas polis mengesan DNA lelaki itu pada badan mangsa.

Lelaki itu berdepan hukuman penjara selama 55 tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan merogol, menyerang dan merompak. – Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=dV4LPYpxXVw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori