Berkshire – Meskipun sudah berusia 74 tahun dan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan namun John Harwood masih `panas’ dan mendapat perhatian wanita.
Dia telah berkahwin dengan seorang wanita yang baru berusia 36 tahun, Liza Goddard. Namun malangnya Liza merupakan bekas menantu John sendiri.
Liza sebelum ini mengahwini anak John iaitu Jason, 35, namun dia kemudiannya meninggalkan suaminya itu semata-mata untuk bersama dengan bapa mertuanya sendiri.
Keadaan itu disifatkan oleh Jason sebagai menjijikkan.
“Daripada isteri, dia kini menjadi ibu tiri saya dan itu tidak betul,” katanya.
Jason dan Liza sebelum ini menetap bersama John di sebuah rumah namun Liza rupa-rupanya telah menjalinkan hubungan dengan John secara diam.
Jason juga beberapa kali terserempak dengan Liza yang berada di atas katil tanpa memakai seluar dalam manakala bapanya pula duduk di atas kerusi dengan seluar yang terlondeh.
Bengang dengan keadaan itu, Jsson kemudiannya berpindah rumah tetapi pada 2003 Liza telah meninggalkannya dan hubungan sulit John dengan bekas menantunya akhirnya terbongkar apabila John menulis di dalam Facebooknya bahawa dia sudah bertunang dengan Liza.
https://www.youtube.com/watch?v=wvsO39lYM4Y