Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

1 Juta Pengikut, Bujibu...

SIAPA sangka seekor kucing berbaka British Short Hair dan berasal dari Rusia itu, kini...

Awas! Anak Anda Mungkin...

Masalah demam denggi tak harus diambil mudah.Jika perkara asas seperti tidak menyimpan air...

Setiausaha Syarikat Didakwa Kerana...

KUALA LUMPUR - Seorang setiausaha sebuah syarikat pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

7 Maut, 46...

ANKARA - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 46 lagi cedera dalam nahas kereta...

Liow: Fasa Pertama Pencarian MH370 Selesai Akhir Jun

GEORGETOWN – Fasa pertama pencarian pesawat MH370 meliputi keluasan 60,000 kilometer persegi akan selesai menjelang akhir bulan ini dan Malaysia komited untuk meneruskan fasa kedua pencarian bulan depan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada masa ini, pencarian meliputi kira-kira 52,000 km persegi dan tugas pencarian meliputi kawasan terpencil di Lautan Hindi dijangka selesai tidak lama lagi.

“Jika kami masih tidak menjumpai bangkai pesawat, Malaysia komited untuk meneruskan fasa kedua bulan depan membabitkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan bersama oleh Malaysia, China dan Australia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek bangunan baharu SJK (C) Hu Yew Seah di sini hari ini.

Beliau berkata fasa kedua pencarian melibatkan kawasan tambahan seluas 60,000 kilometer persegi.

Liow juga berkata kawasan pencarian fasa pertama sekarang adalah seluas 60,000 kilometer persegi dan tiga buah kapal, Fugro Equator, Fugro Discovery dan Go Phoenix terlibat dalam operasi di laut dalam.

“Kontrak dengan Go Phoenix akan berakhir dengan memenuhi obligasi kontraktual bagi fasa pertama usaha mencari manakala dua buah lagi kapal akan meneruskan misi,” katanya.

Pesawat MH370 Malaysia Airlines membawa 239 penumpang dan anak kapal apabila ia hilang daripada skrin radar semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada pagi 8 Mac, tahun lepas.


Sementara itu, Liow berkata kerajaan akan meningkatkan keselamatan maritim di Laut China Selatan untuk menjamin keselamatan semua kapal.

Beliau berkata susulan insiden rampasan kapal tangki MT Orkim Harmony, kementerian sedang merangka beberapa langkah untuk mengetatkan keselamatan.

“Kami telah berjaya mengurangkan aktiviti lanun hampir kepada sifar di Selat Melaka dan kami berharap dapat melakukan yang sama di Laut China Selatan,” kata beliau.

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang membawa muatan 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam, 11 Jun ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori