Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Cara Mudah Dan Jimatkan...

ZAMAN sekarang ni semua nak senang je kan. Jadi, kita akan kongsikan petua...

Suami Isteri Terbabit Kes...

KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri berdepan hukuman penjara, sebatan dan denda selepas...

Malaysia Naik 4 Anak...

KUALA LUMPUR - Malaysia menaiki empat anak tangga untuk menduduki tempat ke-157 dalam...

Hanya Mampu Berdoa, Berharap...

KOTA KINABALU - Suri rumah, Sharifah Erna Berson, 23, terpaksa melalui hari-hari yang...

Loji Rawatan Air Kg Kimolihing Beroperasi Semula

KOTA KINABALU – Loji Rawatan Air Kampung Kimolihing yang dihentikan sementara operasinya berikutan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang melanda Ranau Isnin lalu, telah beroperasi semula malam tadi.

Jurutera Jabatan Air Ranau, Anthony Jullah berkata ketika ini dianggarkan 50 sehingga 60 peratus bekalan air telah pulih di sekitar kawasan pekan Ranau.

Pada masa ini bekalan air sedang disalurkan secara berperingkat dan dijangka pulih tengah hari ini di seluruh kawasan pekan Ranau dan kawasan berhampiran, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, Anthony berkata, penduduk di kawasan luar pekan Ranau masih belum menerima bekalan air paip ekoran Loji Rawatan Air Kampung Bambangan belum beroperasi kerana masih dalam proses baik pulih.


“Loji ini mengalami kerosakan teruk akibat banjir lumpur yang membawa serpihan kayu balak,” katanya.

Menurutnya, setakat ini dianggarkan 20 sehingga 30 buah kampung dengan 1,500 pemegang akaun masih mengalami gangguan bekalan air. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • loji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori