Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kebebasan Media Perlu Digunakan...

ALOR GAJAH - Kebebasan media di negara ini perlu digunakan oleh pengamal media...

Yusof Apdal Bebas Dengan...

KOTA KINABALU - Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal...

Peniaga Katering Derma Petrol...

SUNGAI PETANI - Lebih 1,500 penunggang motosikal sanggup berbaris panjang di sebuah stesen...

Graduan Diingat Tidak Leka...

BATU PAHAT - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mengingatkan para...

Lori Pasir Hilang Kawalan Rempuh 24 Kenderaan Di Setiawangsa

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 buah kenderaan rosak teruk apabila dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir dipercayai mengalami masalah brek ketika menuruni bukit di Jalan Setiawangsa menghala ke Jalan Jelatek, di sini semalam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.35 petang.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku apabila lori 30 tan yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun hilang kawalan dan merempuh kenderaan lain di kawasan lampu isyarat Jalan Enggang Keramat.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Menurut Markandan, pihaknya sedang menyiasat punca kemalangan dan menjalankan ujian air kencing terhadap pemandu terbabit. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=Y4NqI-P9PdU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori