ACAPKALI jika ke Bazar Ramadhan, pastinya kedengaran nama juadah makanan yang dilaung oleh perniaga bagi mempromosikan hidangan mereka.
Tanpa pelanggan, pastinya seseuatu perniagaan tidak punyai erti bukan?
Bercakap mengenai pelanggan, cara peniaga-peniaga ini menarik perhatian pembeli adalah sangat kreatif!
Seorang peniaga ini menggunakan nama seakan jenama makanan sandwitch terkenal ‘Subway’ buat tarikan kepada pembeli, maka jadilah gerai ‘Satwey’ (tunggu kejap).
Lokasi Gerai ‘Satwey’ ini di Bazar Ramadan Seri Manjung, Perak.
Bunyinya agak-agak nak sama jugak kan. Haaaa.. di gerainya anda boleh dapatkan beraneka lauk untuk roti john dan sandwich.
Berlainan pula dengan sebuah gerai ni, kalau anda tidak membeli juadah dari mereka, diorang akan report kepada pihak berkuasa! Heh.
Dengan bersama tagline “tak beli kami report”,  ‘cawangan’ Ayahanda Rani ini menjual pelbagai hidangan seperti sup tulang, bihun sup, cendol dan bermacam-macam lagi.
Pengaruh ayah Rani Kulup amat kuat sehingga ke Bazar Ramadhan nampaknya. Kipidap!
Amacam? Korang berani tak nak membeli cendol di gerainya? Hehe.
Apa-apa pun, jangan membazir ketika membeli makanan di bazar Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa dari kami.-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq
https://www.youtube.com/watch?v=_GrgH5st4gc