Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Mahathir Jumpa Azmin Malam...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadual bertemu Timbalan Presiden...

Warga Emas Simbah Air...

MELAKA - Seorang warga emas ditahan kerana menyimbah air panas ke muka isterinya...

Nora Danish Photoshoot Di...

SESIAPA yang pernah menonton filem romantis Bollywood, Dilwale gandingan Shah Rukh Khan dan...

Perhimpunan Kelab Kereta Terbesar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 70 kelab pemilik kenderaan dari seluruh negara akan berkampung...

Mahfuz Gesa Jawatan Pengerusi MARA Digantung Sementara

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang meminta Tan Sri Annuar Musa digantung sementara daripada menjalankan tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia berikutan isu pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia oleh MARA.

“Amat wajar Pengerusi MARA itu digantung dari menjalankan tugas sementara menanti hasil siasatan yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz dalam pada itu mencadangkan supaya satu suruhanjaya diraja diwujudkan untuk menyiasat isu pembelian hartanah tersebut.


Dakwanya, suruhajaya diraja itu bagi membolehkan suatu siasatan yang menyeluruh, adil dan telus dapat dijalankan secara mendalam.

“Penjelasan yang diberikan oleh Annuar berhubung perkara ini tidak langsung membantu menjelaskan bagaimana MARA boleh membeli hartanah tersebut jauh 27 peratus lebih tinggi dari harga sebenar,” dakwanya.

Akhbar Australia “The Age” sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan dalam urusan pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne MARA yang telah dibeli melebih RM13.8 juta daripada harga sebenar. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori