Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Saringan Di Pintu Masuk...

ALOR SETAR - Kementerian Kesihatan akan terus melakukan saringan ke atas semua jemaah...

Penuntut UiTM Dungun Dikhuatiri...

KUANTAN : Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu yang dikhuatiri lemas di...

Punca Banjir Lumpur Dijangka...

BENTONG - Punca kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka...

Kekasih Selebriti Popular Bercerai...

JIKA anda masih ingat artikel yang pernah kami tuliskan sebelum ini mengenai seorang...

Mahkamah: Pemandu Lori Tukar Pengakuan Akibatkan 5 Kematian

HULU TERENGGANU – Seorang pemandu lori menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan lima kematian di KM386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil-Bukit Besi pada 4 Mei lepas.

Fazly Othman, 35, berasal dari Labis, Johor, menukar pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 28 Mei lepas, tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

Dia didakwa memandu lori kargo secara berbahaya sebelum merempuh sebuah kereta dinaiki enam sekeluarga sehingga terbakar dalam kemalangan kira-kira 4.30 petang.

Kemalangan itu mengakibatkan kematian pemandu kereta berkenaan, Ahmad Razi Harun, 53; Dayang Suhana Mohd Nawi, 23, (menantu); Umar Rayyan Suhaimi, 6 (anak saudara); dan Nur Damia Irdina Rosailan, 1 tahun (cucu).

Seorang lagi mangsa, Hafsah Wangai, 59, (kakak ipar) meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu manakala Sharifah Wangai, iaitu isteri Ahmad Razi, mengalami kecederaan.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 24 Jun ini untuk serahan dokumen sementara menunggu suatu tarikh baharu prosiding kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Raya Nurliyana R. Azmi. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori