Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam dagangan awal hari...

Piala FA: MU Mahu...

MELAKA - Enggan dihantui kekalahan ketika menentang Kedah sebelum ini, pengendali Melaka United,...

Ibu Kota Jadi Tarikan...

KUALA LUMPUR - Beberapa lokasi di sekitar ibu negara termasuk pusat beli belah...

APM Tahan Bot Nelayan...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur berjaya mematahkan cubaan menangkap...

Mahkamah Rayuan Akan Putuskan Esok Kes Rayuan KDN

PUTRAJAYA – Kes rayuan Kementerian Dalam Negeri untuk mengetepikan satu perintah supaya kementerian itu mengembalikan lapan cakera padat (CD) yang mengandungi Kalimah ‘Allah’ kepada seorang kerani dari Sarawak akan diputuskan esok.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mengesahkan hari ini bahawa Mahkamah Rayuan telah menetapkan esok untuk menyampaikan keputusan berkenaan.

Panel tiga hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Seri Zakaria Sam juga akan memutuskan rayuan balas oleh responden Jill Ireland Lawrence Bill.

Pada 23 April, tahun ini, mahkamah menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujah peguam Jill, Lim Heng Seng dan Shamsul yang mewakili kementerian dan Kerajaan dalam rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Julai 2014.

Jill membuat rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk tidak memberikan ganti rugi yang diminta beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori