Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebuh Raya Karak-KL Terputus...

BENTONG – Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terputus selepas berlaku tanah runtuh...

Gempa Bumi Kuat Gegar...

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di...

Tanding Atas Tiket DAP,...

KEMAMAN - Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin bertanding di atas tiket...

PM Kunjungi Kedai Roti...

MANILA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sempat meluangkan...

Malaysia Sasar Peningkatan Prestasi Dalam PISA 2015

NASSAU – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan harapan agar pelajar Malaysia mencatat prestasi lebih baik dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) tahun ini.

Timbalan perdana menteri berkata beberapa inisiatif yang dilaksanakan beberapa tahun kebelakangan ini seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) sepatutnya membantu pelajar Malaysia meningkatkan ranking mereka.

“Satu daripada kriteria yang digunakan dalam PISA ialah penilaian terhadap kemahiran berfikir para pelajar, maknanya bukan menjawab begitu sahaja.

“Kita telah melaksanakan HOTS sejak dua tahun lepas, jadi kita harap pelajar kita akan dapat mencapai hasil lebih baik dalam PISA tahun ini,” kata Muhyiddin kepada media Malaysia pada Rabu ketika mengakhiri lawatan kerja beliau ke Bahamas.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, mewakili Malaysia ke Persidangan Menteri-menteri Pendidikan Komanwel Ke-19 (19CCEM) di ibu negara kepulauan Bahamas ini dari 22 hingga 26 Jun.

Menurut beliau, HOTS juga diguna pakai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan PT3.

Muhyiddin berkata pembentangan mengenai PISA pada persidangan di Bahamas itu menunjukkan bahawa dengan menduduki antara ranking paling rendah, tidak bermakna standard pendidikan sesebuah negara itu juga rendah.

“Terdapat faktor lain juga yang perlu kita ambil kira,” katanya.

Kini wujud kebimbangan tentang prestasi Malaysia dalam PISA apabila negara ini menduduki tangga ke-52 daripada 65 negara dalam kaji selidik pada 2012.


PISA dilaksanakan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan setiap tiga tahun yang melibatkan pelajar berusia 15 tahun dari negara anggota dan bukan anggota pertubuhan itu.

Pada persidangan hari ini, Muhyiddin menyampaikan ucapan yang memberi fokus terhadap pendidikan, kemahiran dan guna tenaga.

Beliau juga menyampaikan sumbangan Malaysia sebanyak US$200,000 untuk membiayai inisiatif di bawah Commonwealth of Learning, sebuah pertubuhan berpejabat di Kanada, yang menggalakkan pembangunan dan perkongsian pembelajaran terbuka serta penerokaan ilmu pendidikan jarak jauh, sumber dan teknologi.

Muhyiddin mengambil kesempatan daripada kehadiran para menteri pendidikan Komanwel di Nassau untuk mengumumkan hasrat Malaysia menganggotai lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2015-2019.

Beliau berkata beberapa negara telah menyatakan sokongan mereka kepada Malaysia berhubung perkara itu.

Muhyiddin berlepas pulang ke tanah air dari Nassau pada Rabu malam. – BERNAMA

https://youtu.be/IMNhqAM8DIc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori