Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Berkenan Melawat...

MUAR - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat...

Pelabur Asing Lupus RM415.3...

KUALA LUMPUR – Pelabur asing melupuskan sebanyak RM415.3 juta ekuiti tempatan minggu lalu,...

Loke, Saifuddin, Dzulkefly Anggotai...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) mengemukakan tiga nama mewakili gabungan itu dalam...

Angkara Gelung Besi Tercicir...

Akibat muatan treler tercicir ke atas jalan raya, seorang anggota Ibu Pejabat Polis...

Malaysia Seri 0-0 Dengan Hong Kong

SHAH ALAM – Malaysia seri 0-0 dengan Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Kelas A di Stadium Shah Alam di sini malam tadi.

Skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh kurang menyengat pada malam ini untuk melakukan penyudahan bagi menghasilkan gol walaupun mendapat sokongan gemuruh daripada peminat tempatan.

Hong Kong hampir mendahului pada minit ke-10 apabila Lam Ka Wai membuat umpanan yang tepat kepada Chan Man Fai tetapi dapat diselamatkan oleh penjaga gawang Malaysia Mohd Farizal Marlias.

Peluang tuan rumah untuk mendahului hasil sepakan bebas kapten pasukan Indra Putra Mahayuddin dihalang oleh penjaga gol Yapp Hung Fai pada minit ke-29 sementara tendangan Joseph Kalang Tie ditepis keluar oleh penjaga gol dan kapten pasukan Hong Kong, itu.


Kebuntuan berterusan hingga akhir babak pertama yang menyaksikan Mohd Amri Yahyah gagal memanfaatkan hantaran silang Ahmad Syamim Yahya dalam kotak penalti pada minit ke-40 dan Mohd Afiq Azmi sekali lagi terlepas peluang untuk membuka jaringan pada akhir babak pertama.

Skuad kebangsaan meneruskan asakan pada babak kedua tetapi masih gagal untuk menewaskan Yapp menerusi tendangan Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-68 dan ke-76 dan tandukan lemah Mohd Afiq Azmi pada minit ke-82.

Malaysia akan bertemu Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin pada 16 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam Pusingan Kelayakan Asia Piala Dunia Rusia 2018 yang juga sebagai Pusingan Kelayakan Piala AFC Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2019.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori