Saturday, January 11, 2025

Creating liberating content

Mayat Bayi Lelaki Ditemui...

MELAKA - Kariah Masjid Asy Syakirin, Pasir Puteh di sini gempar apabila menemui...

PM Wajib GLC Sumbang...

PRIHATIN... Sebelum ini memang ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi sumbangan untuk program...

AMK Bantah PTPTN Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah rancangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

Hujan Ribut Melanda Perlis...

KANGAR - Selepas mengalami musim kemarau sejak awal tahun ini, Perlis dilanda ribut...

Ambil Syabu, Mamat Exist Didenda RM4,000

Ampang – Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat didenda RM4, 000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis syabu, Mac lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan penyanyi berusia 37 tahun itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut mengarahkan Mamat diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Untuk Mu Ibu dan pernah memenangi tempat ketiga pertandingan nyanyian Gegar Vaganza yang memakai baju penjara berwarna merah itu kelihatan tenang sepanjang prosiding.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, 11 malam, 26 Mac lalu. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=lCX3UaqdfpQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori