Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Akaun Sumbangan Awam: Penganjur...

KUALA LUMPUR - Penganjur Perhimpunan Bersih 4 berkata mereka tidak akan bercakap mengenai...

Program Pemutihan Besar-Besaran Di...

SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri Kedah mengambil langkah drastik menangani masalah sosial dan...

Pengulas Ini Kesal Azan...

SETAHUN lalu, dunia Islam gempar apabila sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup...

Ular Tedung 10Kg Sorok...

“KETIKA membuka pintu kedai untuk memulakan perniagaan, saya terkejut melihat kelibat ular tedung...

Mangsa Ke-24 Wabak MERS Di Korea Selatan

SEOUL – Jumlah kematian akibat virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di Korea Selatan kini meningkat kepada 24 orang dan satu lagi kes baharu dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan keseluruhan sebanyak 166 sejak sejak kes pertama dikesan pada 20 Mei, kata Kementerian Kesihatan. Bilangan mereka yang ditempatkan di pusat kuarantin bagaimanapun susut 12 peratus daripada semalam kepada 5,930 orang sekali gus menunjukkan usaha negara itu mengekang wabak membuahkan kesan positif.

Ketika ini, 112 pesakit masih di hospital manakala 30 lagi sudah pulih dan dibenarkan keluar, kata kementerian itu.

Sementara itu, Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Margaret Chan, menzahirkan keyakinan beliau Korea Selatan akan dapat mengekang penularan wabak itu terutama berdasarkan jumlah sedikit pesakit baharu.


“Wabak MERS akan dikawal, walaupun mungkin mengambil sedikit masa,” kata Chan. Katanya, kerajaan Korea mengakui agak lambat mencari penawar mengekang penularan wabak itu, tetapi usaha bersungguh-sungguh dan sistematik mereka sudah mula membuahkan hasil menyebabkan bilangan kes baharu sangat rendah.

Selain itu, katanya, saintis juga mengesahkan tidak mengesan sebarang perubahan genetik virus itu, dan ia adalah berita baik. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • MERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori