Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SPM 2015 Akan Diteruskan...

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang dijadual berlangsung bulan depan akan tetap...

KKM Belum Putuskan PKP...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat memberi kepastian sama ada Perintah...

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di...

8 Beradik Termasuk Bayi...

Seramai lapan kanak-kanak berusia dari bayi sehingga remaja ditemui mati dibunuh di sebuah...

MARA Akan Bantu Bawa Nur Fitri Pulang Malaysia

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) bersetuju akan membantu menguruskan proses membawa pulang bekas pelajar tajaannya, Nur Fitri Azmeer Nordin yang ditahan akibat memiliki imej pornografi kanak-kanak di London, menerusi ektradisi ke negara ini.

Pelajar Pedofil Malaysia: Biodata Si Genius Matematik

Menurut Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, bantuan itu atas dasar sifat perikemanusiaan dan MARA bertanggungjawab menghantar bekas pelajar itu belajar di luar negara.

Jelasnya, MARA akan bekerjasama dengan Wisma Putra dalam menguruskan hal ini selepas mendapat kebenaran kerajaan United Kingdom.

“Keluarga Nur Fitri juga telah merayu kepada MARA untuk membantu dalam proses ekstradisi tersebut.

“MARA membantu dalam kes ini atas sifat kemanusiaan serta mengambil tanggung jawab kerana Nur Fitri merupakan bekas tajaan MARA dan sudah tentu tidak boleh lepas tangan begitu saja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MARA pada Jumaat.

Sementara itu, Annuar berkata, isu tajaan tidak timbul lagi kerana sudah jelas Nur Fitri telah melanggar perjanjian dan sekali gus tajaan terhadapnya terbatal serta merta.

Menurut laporan akhbar British, dia dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan sejak ditahan pada November lalu dan mempunyai baki 3 bulan lagi.

12_hoyn_silikonpuppe


Pelajar genius Matematik ini didapati bersalah kerana memiliki lebih 30,000 video dan gambar pornografi kanak-kanak yang didakwa sebagai ‘antara yang paling melampau’ pernah dijumpai oleh pihak berkuasa di sana.

Hal itu terbongkar selepas pihak polis menyerbu rumah dan terkejut apabila mendapati pelajar itu berada di samping komputer ribanya yang masih terbuka, serta memiliki patung saiz sebenar budak lelaki yang diletakkan disebelahnya.

Mengikut undang-undang negara itu, Nur Fitri boleh diekstradisi ke negara asal selepas selesai menjalani hukuman untuk tempoh tertentu. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=LIH4wBtFPn0
Oleh: CARRIE

Sumber: Free Malaysian Today

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori