Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Rasuah: Pegawai Polis Trafik...

KLANG - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas seorang...

Nasihat Jho Low Isu...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa beberapa nasihat...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling di sini...

Pilu… Calon SPM Mati...

SELURUH negara pada 21 Disember tahun lalu pernah dikejutkan dengan berita sedih apabila...

MARA Perkenal Tiga Pembiayaan Pelajaran Baharu

KUALA LUMPUR – MARA melancarkan tiga pembiayaan baharu untuk terus membantu pelajar tempatan khususnya Bumiputera yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, berkata antara inisiatif itu, iaitu Skim Program Lepasan Ijazah dan Profesional atau Skim Tiga adalah hasil kerjasama dengan dua institusi kewangan bagi menambah dana bantuan yang diberikan.

Katanya, dua program lain iaitu Skim Pelajar Cemerlang (Skim Satu) dan Program Sarjana Muda Tempatan (Skim Dua) adalah lanjutan daripada program sedia ada, namun diberi penambahbaikan bagi memenuhi kehendak dan keperluan tenaga profesional semasa.

“Setakat ini, MARA sudah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada Bank Rakyat dan Maybank bagi menjayakan program Skim 3 dan pelajar boleh mula memohon bermula 1 Julai.


“Pembabitan kedua-dua institusi perbankan itu membawa penambahan dana pembiayaan MARA hingga RM500 juta sekali gus mampu menampung permohonan baharu serta masalah yang dihadapi pelajar yang sudah mendapat permohonan sebelum ini,” katanya dalam sidang media di Bangunan MARA, di sini, hari ini. – BHarian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • MARA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori