Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bila Media Sosial Jadi...

KERAJAAN baharu Malaysia telah menunjukkan yang ia sangat memerlukan sokongan daripada pasukan tentera...

Lelaki Maut Motosikal Rempuh...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh bas yang...

PGA, PSP Guna ‘...

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan...

PTPTN Sasar RM4b Kutipan...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan kutipan bayaran balik...

MAS Lantik Pegawai Pos Malaysia Jadi Setiausaha Syarikat

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan pelantikan Datuk Sabrina Albakri Abu Bakar sebagai Setiausaha Syarikat berkuat kuasa 23 Julai 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller berkata, Sabrina mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang korporat berkaitan undang-undang dan fungsi kesetiausahaan syarikat.

“Saya menyambut baik kedatangan Sabrina ke MAS. Dia akan menjadi asas kepada kemampuan kami untuk mengurus pihak-pihak berkepentingan dalam dan luar syarikat serta mengurus dan menyelaras tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mueller berkata, Sabrina sekarang ini berkhidmat sebagai Ketua Perundangan dan Kesetiausahaan Kumpulan Pos Malaysia Bhd. dan merupakan seorang Setiausaha Syarikat berlesen.


Katanya, Sabrina sebelum berkhidmat di Pos Malaysia merupakan Pengurus Besar Perundangan dan Kesetiausahaan di Sapura Technology Bhd. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori