PELAKON dan pelawak Zizan Razak sebelum ini mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya bakal mengakhiri zaman solo tidak lama lagi.
BACA: Zizan Razak Dedah Bakal Kahwin Gadis Sekampung Jun Ini
Berita itu sekali gus mendapat perhatian ramai apatah lagi hubungannya bersama Emma Maembong baru sahaja menemui titik nokhtah.
Bagaimanapun, ura ura yang mendakwa Zizan Razak bersama gadis pilihannya, Nor Edura Diyana Hisham bakal melangsungkan pada Jun 2015 ternyata sepi kerana sehingga sekarang masih belum nampak persiapan yang dilakukan.
Berikutan itu timbul pelbagai spekulasi baru yang mengkaitkan pasangan ini.
Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Zizan Razak menjawab desas desus yang mengatakan majlis perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan kerana beberapa hal peribadi yang perlu mereka selesaikan dalam keluarga terlebih dahulu.
“Saya minta maaf tak dapat komen apa-apa tentang itu. Saya ada sebab yang terlalu peribadi membabitkan keluarga dan beberapa pihak lain untuk tidak bercerita lanjut. Tunggulah bila tiba masa sesuai saya akan bercerita. Saya harap anda faham dan hormati situasi saya sekarang,” katanya.
Alahai, apa sebenarnya yang terjadi kepada bintang kelahiran program Raja Lawak itu?
Apa pun, semoga Zizan Razah tabah menghadapi dugaan hendak berkahwin. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: Harian Metro