Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Batalion 11 PGA Rampas...

BAU - Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar kegiatan sebuah ladang...

Ini Baru Peminat Tegar...

Svishtov (Bulgaria) - Seorang peminat yang begitu taksub dengan pasukan bola sepak Inggeris...

Lima Jenis Calon PRU...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Khairul Azmi Ismail...

Bayi Lahir Tanpa Mata...

SEORANG ibu tidak dapat menahan kesedihan selepas bayi lelaki yang dilahirkannya tidak mempunyai mata....

Mat Sabu Akui Sukar PAS, PKR, DAP Menang PRU Jika Tidak Bergabung

BUTTERWORTH – Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengakui bahawa DAP, PAS dan PKR sukar menang pilihan raya umum (PRU) akan datang jika ketiga-tiga parti itu tidak bergabung dalam kerjasama Pakatan Rakyat.

Beliau yang kini anggota biasa PAS, berkata kegagalan dalam penyatuan pakatan itu akan menyulitkan mereka untuk menawan Putrajaya.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata kerajaan-kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang perlu berusaha memulihkan hubungan mereka bagi menghadapi PRU akan datang.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kalau bersendirian susah untuk berjaya sebenarnya, kita ada pengalaman…maka bagi saya kena usahakan semula pakatan untuk hadapi pilihan raya akan datang,” katanya di sini hari ini.

Ditanya pendirian DAP yang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, Mohamad berkata ia pandangan DAP dan beliau yakin kepimpinan PAS pusat yang baharu akan membuat keputusan berhubung perkara itu.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung kemelut politik yang melanda pakatan pembangkang itu, berkata pihak media perlu mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS.

Bagaimanapun Mohamad berkata hubungan peribadinya sebagai seorang kawan bersama DAP masih diteruskan dan berjalan seperti biasa.

Jawatankuasa kerja pusat DAP dalam mesyuaratnya pada Isnin mencapai kata sepakat berhubung Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.


Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS dan menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Mohamad berkata masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai perkara itu.

“Belum lagi, saya belum buat keputusan, sekarang saya masih ahli PAS,” katanya.

Sementara itu di MARANG, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tindakan DAP mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat sudah berakhir, menunjukkan sikap sebenar parti itu.

Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata secara peribadi beliau telah menjangkakan tindakan yang akan dilakukan parti itu yang bersungguh-sungguh untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis himpunan Istiqamah, Marang, malam tadi, beliau berkata parti itu telah membuat keputusan yang betul dan tidak memaksa parti lain mengikuti jejak langkahnya.

Nik Mohamad Abduh berkata Pakatan Rakyat telah lama berhadapan masalah akibat tekanan DAP ke atas PAS dan bila PAS bertahan dan tidak mahu jadi punca perpecahan kepada pakatan itu, DAP telah memilih jalannya sendiri. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori