Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Status Twitter Dedah Lawak...

SELASA dan Rabu minggu ini adalah hari paling penting buat Anwar Ibrahim,67, dan...

5,000 Rumah Mesra Generasi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,000 unit Rumah Mesra Generasi Baharu Felda (RMGBF) akan...

Anwar Tegur Guan Eng...

KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Kewangan, Lim Guan Eng...

BAM Tetap Puas Hati...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpuas hati dengan kutipan hanya satu...

Mayat Ketiga Mangsa Perahu Karam Ditemui

BINTULU – Mayat ketiga mangsa tragedi perahu karam di Sungai Kemena, di sini ditemui pasukan penyelamat dari Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSS) kira-kira jam 9.05 pagi tadi.

Mayat kanak-kanak lelaki itu ditemui 200 meter dari lokasi perahu yang membawa lapan sekeluarga itu dilaporkan karam kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Terdahulu, mayat kedua mangsa tragedi itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 7.11 pagi tadi, kira-kira 50 meter dari lokasi perahu itu dilaporkan karam.

Empat lagi mangsa, termasuk tiga kanak-kanak, masih hilang. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.


Ketika kejadian, keluarga mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Jepak selepas menziarahi saudara mereka di sebuah rumah panjang di Hulu Sebauh.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai, manakala satu mayat lelaki warga emas ditemui terapung kira-kira jam 4.30 petang semalam. – Berita Harian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori