Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Main Belakang’: Mahkamah Rayuan...

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terhadap saman fitnah...

Amaran Cuaca Waspada Di...

KUCHING - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada (peringkat kuning) di beberapa...

Orang Ramai Perlu Waspada...

ALOR SETAR - Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya menjelaskan bayaran zakat...

Pelacur Asing Ditahan Bersama...

PULAU PINANG - Seorang pelacur dipercayai warga Vietnam ditahan bersama peralatan untuk menghisap...

Mayat Lelaki Terapung Ditemui Di Sungai Perai

BUTTERWORTH – Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran Jambatan Tunku Abdul Rahman di Sungai Perai, di sini kira-kira pukul 2 petang hari ini.

Jurucakap polis berkata mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang nelayan yang sedang menjala ikan di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis.

“Polis meminta bantuan pihak bomba untuk membawa naik mayat berkenaan ke darat dan hasil pemeriksaan awal, kami tidak menemui sebarang kad pengenalan atau sebarang dokumen bersama mayat terbabit.

“Mangsa kemungkinan dibawa arus hingga ke kawasan berkenaan sebelum ditemui oleh nelayan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, lelaki itu dipercayai telah mati lebih daripada 24 jam.


“Setakat ini, tiada sebarang kecederaan ditemui di mayat lelaki berkenaan,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori