Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Guru IT Hantar WhatsApp...

TAWAU - Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) menjadi orang pertama di Malaysia...

SapuraKencana Petroleum Peroleh Kontrak...

KUALA LUMPUR - SapuraKencana Petroleum Bhd memperoleh tiga kontrak baru berkaitan dengan kejuruteraan...

VIDEO: Pihak KFC Terkejut...

SATU video yang tersebar meluas ini pastinya memberi tamparan kepada penggemar makanan segera Kentucky...

Ops Terminal: 13 Pemandu...

KUALA LUMPUR – Seramai 13 pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam Ops...

Memandu Kereta Di Jakarta Waktu Sibuk Cuma 5km/j

JAKARTA – Data terkini Badan Pusat Statistik (BPS) amat mengejutkan pelbagai pihak di Indonesia apabila ia menyatakan ketika ini had kelajuan di Jakarta pada pagi hari bekerja hanya sekitar 5 kilometer sejam (km/j).

Keadaan kritikal itu bukan baharu berlaku, tetapi sebenarnya berlarutan sejak 2011 ekoran pertambahan bilangan kereta persendirian di ibu kota republik tersebut yang kini dianggarkan ada kira-kira 10 juta buah kenderaan.

Berdasarkan data tersebut, waktu yang diperlukan untuk menempuh perjalanan dari Pasar Minggu ke Manggarai pada masa puncak sibuk boleh mencapai 95 minit dengan had laju pemanduan paling tinggi pun ialah 6.1 km/j.

Baca: Motosikal Diharamkan Masuk Jalan Utama Di Jakarta

“Walhal dari Cilandak ke Monas, ia memerlukan 100 minit dengan had laju maksimum 9.4 km/j,” kata Pengurus Projek PT MRT Jakarta, Heru Nugroho pada seminar perkembangan rancangan transit rel canggih tersebut.

Kesesakan atau disebut macet menyebabkan ramai pekerja di pusat bandar raya dengan 12 juta penduduk itu lebih sanggup bersiar-siar di kompleks beli-belah sebelum balik rumah lewat malam apabila aliran trafik mulai reda.

Ada juga sinis membuat perumpamaan sindiran dengan merumuskan macet ‘bangat’ di Jakarta disebabkan faktor penduduk membeli kereta baharu terlalu cepat atau pun pemerintah pula membina jalan baharu terlalu lambat.

Menurut Heru, kepantasan berkenderaan di Jakarta pada pagi hari bekerja yang ada ketika ini telah jauh menurun ke tahap kronik berbanding sekitar satu atau dua dekad lalu berdasarkan rekod kajian BPS sejak 1980-an lagi.


Pada tahun 2000, tempoh diperlukan apabila berkereta dari Pasar Minggu ke Manggarai masih 16 km/j dalam masa cuma 36 minit, manakala Cilandak ke Monas sekitar kelajuan 19 km/j dengan jarak waktu hanya 49 minit.

“Pada 1985, dari Pasar Minggu ke Manggarai amat selesa iaitu 26 km/j dalam tempoh 22 minit sahaja, sementara Cilandak ke Monas sekitar 24 km/j dengan waktu diambil 38 minit sahaja,” jelas Heru membuat perbandingan.

Beliau menyatakan, semakin menurunnya kadar kecepatan berkenderaan di Jakarta merupakan impak akibat peningkatan mendadak jumlah pengguna kenderaan persendirian berbanding sistem pengangkutan awam.

Justeru Heru berkata, salah satu penyelesaian jangka panjang ialah menerusi MRT melibatkan jarak keseluruhan 108 kilometer yang bakal beroperasi menjelang 2018 dengan kapasiti membawa hampir sejuta penumpang sehari.

Projek mega itu ironi turut mengakibatkan banyak laluan utama di Jakarta bertambah teruk macet apabila kawasan pembinaan terpaksa ‘makan’ ruang menjadikan jalan sedia ada lebih sempit. – Agensi/MYNEWSHUB/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori