Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kasut Kurniaan Sultan Johor...

JOHOR BAHRU : Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan individu yang...

Ulang Tahun Kelahiran Zahid...

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meraikan ulang tahun kelahirannya...

MKN Sabah Hantar Balik...

SANDAKAN - Seramai 3,036 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kebanyakannya warganegara Filipina dan...

Lagi Pakej Kapsul Iklan...

HANYA dengan RM50 ribu, iklan jenama anda akan bersiaran sebanyak 250 putaran. Semuanya...

Menangis Ketika Didakwa Sebabkan Kematian Polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gagal menahan sebak hingga menangis teresak-esak ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba menyebabkan kematian seorang pegawai polis, tiga tahun lalu.

Roshidi Osman, 35, seorang penjual bunga mula menangis selepas membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Zanol Rashid Husain.

Dia didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas cuba menyebabkan kematian ketika memandu kereta jenis Honda dan melanggar motosikal yang dinaiki Lans Koperal Mohd Aziemi Yacop di Jalan 14/26 Taman Sri Rampai, Wangsa Maju, Sentul di sini, pukul 2.30 petang, 13 Jan 2012.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Isteri dan seorang anak lelaki Roshidi turut menangis ketika prosiding tersebut hingga menarik perhatian orang ramai yang berada dalam mahkamah dan dalam tangisan, Roshidi merayu agar mahkamah membenarkannya diikat jamin dengan alasan perlu menanggung keluarga termasuk empat orang anak dan ibu yang uzur.


Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hafizah Kamaludin tidak menawarkan sebarang jaminan kerana Roshidi didakwa melanggar seorang pegawai polis dan menyebabkan kecederaan selain motosikal yang dinaiki mangsa rosak teruk.

Hakim Zanol membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori