SEORANG lelaki warga emas bertindak membunuh anak lelakinya yang menghidap autisme kerana bimbang tiada orang yang mampu menjaganya jika dia mati nanti.
John Richet, 58, membunuh anaknya, Nicholas, 20, sebelum bertindak membunuh dirinya di rumah mereka di Michigan.
Kedua-dua mayat mangsa ditemui pada Jumaat lepas dan pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes pembunuhan dan bunuh diri.
Menurut pihak polis, Richet melakukan perkara itu kerana bimbang sumber ubatan anaknya akan habis selepas ketiadaannya nanti dan dia tidak mahu menyusahkan ahli keluarga lain.
Jiran mereka, John Rowe memberitahu, Richet sangat menyayangi anaknya dan dia pernah menyatakan bahawa tugasnya menjaga Nicholas semakin sukar.
“Saya sangat sedih mendengar berita itu kerana Richet sangat baik dan saya sukakan dia,” katanya kepada sumber.
Richet meninggalkan dua anak dan dua cucu. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=pALWfzqip6E