Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Erdogan Umum Pilihan Raya...

ANKARA - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, pilihan raya tempatan yang dijadualkan...

823 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan penurunan berbanding...

Zuki Ali Dilantik Ketua...

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri...

Wow.. KLCC Akan ‘Bermandi...

TIDAK lama dahulu, media sosial pernah dikecohkan dengan budaya Raver yang dikatakan mula...

Mercun Dijual Secara Terbuka Di Bazar Ramadan?

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur mendakwa mercun dan bunga api dijual secara berleluasa di Bazar Ramadan.

Naib Ketuanya, Muhammad Rahmat Mohamed Zulkifli berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas untuk menangani gejala tersebut.

“Bazar Ramadan adalah lokasi utama penjualan pelbagai jenis mercun termasuklah yang mempunyai risiko tinggi.

“Hasil daripada pemerhatian kami, seolah-olah tidak menjadi satu kesalahan kepada mereka untuk menjalankan aktiviti jual beli secara umum,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhammad Rahmat berkata, peniaga mercun dan bunga api dilihat bebas menjual bahan larangan itu tanpa rasa bimbang atau takut dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Menurutnya, suasana itu sangat mendukacitakan apabila masyarakat sentiasa didedah dengan bahan letupan yang merbahaya khususnya kepada kanak-kanak.


Justeru, katanya, Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur meminta pihak berkuasa meningkatkan pemantauan penjualan mercun di bazar Ramadhan.

“Pemantauan itu perlulah disusuli dengan tindakan yang tegas jika penjual didapati bersalah menjual barangan yang merbahaya serta melanggari undang-undang.

“Kami yakin penjualan mercun dan bunga api ini akan berjaya dibanteras jika pihak kerajaan melalui agensinya lebih serius dan bertanggungjawab untuk menanganinya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori