Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Demi Cantik, Aznil Nawawi...

PENGACARA no.1 Malaysia, Datuk Aznil Nawawi mendedahkan dia menghabiskan kira-kira RM4,000 setiap bulan...

Kotak Hitam Pesawat Yeti...

KATHMANDU : Pasukan penyelamat yang menyaring serpihan pesawat terhempas di gaung Nepal semalam...

Dituduh Guna Bomoh: Rozana...

SUSULAN dakwaan Awie bahawa isterinya, Rozana Misbun mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat, wanita itu...

Talian Aduan ‘Online’ Banteras...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) melancarkan Talian On-line Aduan Integriti...

MERS: Kematian Ketiga Di Korea, 900 Sekolah Ditutup

SEOUL – Seorang lagi mangsa wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) disahkan maut di Korea semalam, menjadikan jumlah korban meningkat kepada tiga orang. Dengan penularan wabak itu, 900 sekolah kini ditutup manakala ribuan pelancong membatalkan perjalanan.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 82 tahun itu dirawat di hospital akibat asma dan radang paru-paru bakteria, berkongsi wad dengan seorang lagi mangsa MERS, namun meninggal dunia malam kelmarin.

Mangsa adalah individu ke-36 disahkan dijangkiti MERS di negara itu, wabak terbesar di luar Asia Barat. Penularan wabak itu di Korea, turut dirasai di Korea Utara sehingga pihak berkuasa negara komunis tegar itu mengarahkan pemeriksaan di sempadan.

Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye menggesa gerak kerja dipertingkat untuk menghentikan wabak itu yang bermula sejak dua minggu lalu. Kes pertama, dilaporkan 20 Mei lalu adalah lelaki berusia 68 tahun disahkan selepas kunjungan ke Arab Saudi.

Sejak itu, lebih 1,660 orang yang terdedah secara langsung atau tidak langsung dengan mangsa diletakkan di pelbagai peringkat kuarantin.

Ketika kira-kira 160 orang diasingkan di kemudahan kerajaan, kebanyakannya diarahkan tinggal dalam rumah dan mengehadkan interaksi dengan orang lain.

Kebimbangan meningkat digambarkan dengan semakin ramai penduduk di ibu kota ini memakai topeng muka dalam bas dan kereta api bawah tanah.


Talian bantuan MERS kerajaan menerima lebih 3,000 panggilan kelmarin. Kebimbangan sama turut menular di luar negara dengan Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) melaporkan semalam, kira-kira 7,000 pelancong, kebanyakannya dari China dan Taiwan membatalkan kunjungan secara berkumpulan ke negara ini.

MERS kini menjangkiti 1,161 orang di peringkat global dengan 436 kematian. Lebih 20 negara terjejas dengan majoriti kes di Arab Saudi. – AFP/BH Online

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=J2kn1RzjMH4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori