Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Nga Kor Ming Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming akan dipanggil ke Bukit...

3 Wanita Thailand Mangsa...

BUTTERWORTH - Tiga wanita warga Thailand berjaya diselamatkan polis dari terus menjadi mangsa...

Mangsa Banjir Maran Berkurangan,...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Maran berkurangan kepada 126 orang daripada 27...

3,197 Mesin Judi Pelbagai...

GEORGE TOWN - Polis melupuskan sejumlah 3,197 pelbagai jenis mesin perjudian bernilai kira-kira...

Mesej Puasa Artis Buat Peminat Dalam Instagram

BAGAIMANAKAH golongan artis dan selebriti menyambut kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini? Jawapannya sememangnya ketara menerusi wadah-wadah media sosial mereka.

Para artis Malaysia dan juga dari seberang tambak di Singapura juga aktif memuat naikkan pelbagai mesej untuk mengalu-alukan kedatangan bulan puasa kepada para peminat masing-masing.

Misalnya, biduanita tidak asing lagi, Datuk Siti Nurhaliza tidak ketinggalan memuat naik video ke Instagramnya untuk mengucapkan selamat menyambut kehadiran bulan keberkatan itu.

selamat berpuasa dan maaf zahir batin

A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Erra Fazira pula, yang baru-baru ini mula mengenakan hijab, turut memuat naik dan berkongsi beberapa nasihat agar dapat dimanfaatkan para peminatnya.

Syahrul Ridzwan, yang namanya terus hangat menerusi drama Hati Perempuan, kini berada di tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah.

Syahrul juga memuatnaikkan gambarnya di tanah suci Makkah dengan kata-kata yang cukup mendalam.

“Ada orang kaya, miskin, sihat, sakit, tua, muda, semuanya ada. Tapi semua itu bukan dipandang pun. Semuanya sama,” tulis beliau.


Tahun ini juga merupakan pertama kali Syarif dan Malaque berpuasa sebagai pasangan suami isteri sejak mereka mendirikan rumah tangga November lalu.

Syarif memuat naikkan gambarnya bersama Malaque selepas solat sunat terawih semalam dan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua.

Beliau berkata: “Ramadan kali ini rasa ‘special’ sikit.” Semestinya istimewa kerana kehadiran isteri tercinta di sampingya.

Aisyaah Aziz, anak kelahiran Singapura yang semakin popular namanya di persada seni Malaysia, juga memuat naikkan gambar berunsur kata-kata nasihat.

Beliau sempat bergurau serta mengakhiri ucapannya dengan kata-kata: “Jangan puasa ‘yok yok’ minum coke.”

– Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori