GEMPAR jadinya apabila tingkat 15 Menara Parlimen yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur dilaporkan terbakar awal pagi tadi yang dipercayai berpunca dari mesin pemotong kertas.
Bagaimanapun, kebakaran yang berlaku di pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim itu berjaya dipadamkan oleh sistem ‘sprinkler’ bangunan tersebut.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan kejadian tersebut melalui satu kenyataan hari ini.
Kebakaran itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.41 pagi iaitu lebih kurang 20 minit sebelum bermulanya sesi sidang Dewan Rakyat hari ini.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hang Tuah tiba di lokasi kejadian pada jam 9.54 pagi tadi dan setibanya bomba di lokasi tersebut, kebakaran telah dipadam sepenuhnya. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=uu2xYb43X00
Oleh: CARRIE
Sumber: The Rakyat Post