Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Menteri Tak Akan Kebuluran...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk...

Malaysia Masih Kekurangan Pakar...

KUALA LUMPUR - Pelajar dan pengamal perubatan di negara ini disaran membuat pengkhususan...

PM Ingatkan Semua Anggota...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi peringatan kepada semua anggota Kabinet...

16 CCTV Di SMK...

KOTA BHARU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini, menjadi sekolah...

MH370: Dua Anak Penumpang Tarik Balik Saman

KUALA LUMPUR – Kes saman dikemukakan dua anak penumpang pesawat MH370, Jee Hing Jang, terhadap Penerbangan Malaysia (MAS) dan empat yang lain diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Ia berikutan dua adik beradik yang masing-masing berusia 12 dan 14 tahun itu menarik balik saman berkenaan. Hakim Datuk Rosnaini Saub merekodkan penyelesaian kes dalam kamar beliau.

Dalam writ saman difailkan pada 31 Oktober tahun lalu, dua beradik yang memfailkan tindakan melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, menamakan MAS, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga kelima.

Plaintif mendakwa MAS selaku defendan pertama memungkiri perjanjian apabila gagal mendarat di Beijing, China pada jam 6.30 pagi waktu tempatan pada 8 Mac 2014 dan tiada butiran mengenai pengakhiran pesawat itu hingga hari ini.


Selain itu, mereka mendakwa Ketua Pengarah DCA yang bertanggungjawab terhadap operasi DCA gagal dan cuai dalam mendapatkan perhubungan atau menjejaki pesawat itu melalui radar. – Berita Harian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori