LAMAN sosial popular, Instagram dijadikan medium utama untuk penyanyi berusia 22 tahun, Miley Cyrus untuk menunjukkan sokongannya terhadap golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).
Kini, Miley sedang mempromosi kempen terbarunya bagi menunjukkan sokongan terhadap peminat yang termasuk dalam golongan transgender ini.
Menerusi kempen #InstaPride yang diusahakannya, motif utamanya adalah untuk melahirkan penerimaan pengguna instagram terhadap golongan transgender dan sekutunya.
Kempen yang berlansung selama 2 minggu ini akan menampilkan gambar serta cerita individu yang menghadapi situasi ini di seluruh dunia termasuk orang yang menyokong aktiviti ini.
Penampilan pertama yang dibuat oleh Miley adalah pendedahan seorang pelajar dari Michigan, Leo Sheng, 19, yang mentransformasikan dirinya daripada wanita kepada lelaki.
https://instagram.com/p/382MxlwzJc/?taken-by=mileycyrus
“Saya harap potret saya ini akan memberi inspirasi kepada individu yang berani untuk berkongsi cerita mereka mendapat kekuatan untuk bersuara,” kongsi Leo dalam instagram.
Semestinya sudah jelas, Miley memang aktif serta sangat menyokong golongan seperti ini dan apa-apa yang diusahakannya ini memang murni tapi sebagai orang Islam, kita perlu tahu juga batas serta garis panduan dalam agama jelas menolak segala aktiviti yang melibatkan LGBT ini. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=LlDSsgdLV-0
Oleh: Pitt