Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Empat Polis Ditahan Kerana...

KUANTAN - Empat anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah...

Bukit Aman Rampas 172...

ALOR SETAR - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman merampas 172 kilogram ganja...

Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak Perlu...

KUALA LUMPUR - Parlimen perlu meluluskan undang-undang Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak bagi mewujudkan suruhanjaya...

Taiwan Buka Semula Pintu...

TAIPEI: Taiwan membuka semula pintu sempadannya kepada pelancong asing selepas menamatkan perintah kuarantin...

Diselar Bergincu Merah Menyala Ketika Lawat Kem Pelarian

Australia – Plastik semata-mata. Itu yang berlaku kepada seorang model, Tara Moss apabila dia dikritik kerana bersolek tebal ketika mengadakan lawatan ke kem pelarian Syria di Lubnan.

Duta UNICEF itu dikecam kerana hanya menampakkan solekan berbanding kerja-kerja kemanusiaan yang dilakukan di kem tersebut.

Ketika menjawab kritikan berkenaan, Moss mempertahankan dirinya dan memberitahu bahawa dia hanya mengikut nasihat mengenai pemakaian baju yang sesuai daripada badan NGO.

“Bukan saya sahaja yang bersolek sebaliknya pekerja sukarela di situ juga memakai solekan yang sama, barang kemas dan baju serta jaket.

“Malah ramai pelarian yang memakai hiasan dan solekan terutama celak, yang dibawa mereka dari Syria. Ia adalah amalan budaya yang biasa,” katanya.


Jelas Moss, dia memakai solekan untuk dirinya sendiri dan apabila keadaan menjadi sukar, dia menggunakan gincu merah untuk menenangkan dirinya.

“Kanak-kanak juga sukakannya (gincu merah),” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=Z6Xdtpr_cDo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori