Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Johor Nafi Keluarkan Kad...

KERAJAAN Negeri Johor menafikan pernah mengeluarkan kad pengenalan Bangsa Johor seperti yang sedang ditularkan...

Kematian Maradona Didakwa Kerana...

BUENOS AIRES - Peguam yang sentiasa bersama Diego Maradona mengkritik penjagaan terhadap bintang...

Kerajaan Lulus Cadangan Kenaikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan cadangan kenaikan kadar bayaran kepada para pengkarya seni...

Zeti Dianugerahi Keanggotaan Sepanjang...

KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz...

Foto Ikonik Najib, Tun Razak & Agong Sempena Hari Bapa

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa selama-lamanya…

Bersempena sambutan Hari Bapa yang disambut serentak seluruh dunia hari ini, pelbagai lapisan masyarakat meraikannya sebagai apresiasi kepada insan penting dalam hidup mereka iaitu bapa.

Tak ketinggalan, ia disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melalui ruangan media sosial Instagram, beliau berkongsikan dua momen bersejarah dalam bentuk foto.

Foto pertama memaparkan bekas Perdana Menteri kedua yang juga bapanya, Tun Abdul Razak bersama Tunku Abdul Halim Muadzam Shah.

Tulisnya di ruangan kapsyen, “Saya sedang melihat foto-foto lama dan terjumpa foto ini. Dia merupakan bapa yang saya kongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

“Selamat hari bapa kepada kesemua bapa.”


Foto tersebut dipercayai diambil ketika Tun Abdul Razak memegang jawatan sebagai ketua kerajaan dan Tuanku Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali pertama pada 1970-an.

Melalui gambar kedua pula, Najib bagai mengulangi sejarah apabila duduk menghadap Tuanku yang sekali lagi menjadi Agong.

Setakat ini, foto tersebut menerima lebih 2 ribu ‘likes’ dan puluhan komen daripada rakyat Malaysia.

Sekadar pesanan untuk individu yang masih memiliki bapa, selalulah hubungi mereka untuk bertanya khabar, manakala yang bagi sudah tiada, ringan-ringankanlah mengirimkan Al-Fatihah dan doa. Selamat Hari Bapa.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

 Iklan Menyentuh Hati Tentang Bapa

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori