Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Neelofa: Keinginan Rasa Nak...

SEJAK putus cinta dengan Hans Isaac dua tahun lalu, nama Neelofa tidak pernah...

Malaysia Boleh Terlibat Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Kegagalan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, akan membolehkan Malaysia untuk terlibat dalam...

Nelayan Myanmar Miliki Dadah...

TELUK INTAN - Seorang nelayan warganegara Myanmar merupakan antara 21 individu yang ditahan...

Pembayaran BR1M Secara Manual...

KANGAR - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara manual sebenarnya lebih mudah dan...

Mosti Nafi Khabar Angin Tsunami Bakal Landa Sabah

KUALA LUMPUR – Kerajaan menafikan khabar angin di media sosial kononnya Tsunami dan ribut kuat dijangka berlaku di Sabah dalam tempoh 36 jam daripada sekarang.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam satu kenyataan media turut menafikan pantai sekitar Terengganu dan Pahang akan dilanda ombak besar.

“Dimaklumkan, Sistem Amaran Awal Tsunami nasional yang diselaraskan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) iaitu jabatan di bawah Mosti tidak mengesan sebarang gempa di laut melebihi enam magnitude.

“Malah cuaca dan keadaan laut adalah diramalkan baik. Buat masa ini di Sabah hanya terjadi gempa susulan lemah berikutan kejadian gempa pada 5 Jun lalu,” kata kenyataan itu lewat malam tadi.

Justeru, Mosti meminta orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan yang sahih dari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) http://www.met.gov.my mengenai perkara itu.


Orang ramai boleh juga mendapatkan maklumat melalui mobile web rasmi m.met.gov.my, Facebook https://www.facebook.com/malaysiamet, Twitter https://twitter.com/malaysiamet atau menghubung MetMalaysia Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638).

Mosti turut memaklumkan telah menubuhkan `War Room’ bertempat di Pejabat Meteorologi Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai tempat rujukan orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai status gempa bumi tersebut dan gempa-gempa susulan yang berlaku dengan menghubungi talian 088-413 690 @ 088-413 691. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mosti

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori