Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Didakwa ‘Hanya Peminat’, Ini...

NAH! Kalau sebut sahaja nama juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8),...

Bicara Kes Pelakon Farid...

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan lima hari bermula...

Penganjur Program ‘Sentuh Anjing’...

Mungkin benar penganjur program 'I Want To Touch A Dog' kurang sensitif dengan...

Lee Chong Wei Tarik...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri...

Muhyiddin Lancar SSPN-i Plus Tawar Perlindungan Takaful

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Plus, iaitu pelan simpanan pendidikan yang menawarkan perlindungan takaful yang dalam kemampuan dan komprehensif.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata produk baharu yang diperkenalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu akan memberi pelbagai keistimewaan, tidak membebankan selain memberi manfaat berganda kepada penyimpan.

“Saya difahamkan SSPN-i Plus menawarkan pelan simpanan pendidikan dengan pelbagai pilihan pakej perlindungan takaful serendah RM50 sebulan,” katanya ketika berucap melancarkan SSPN-i Plus di sini hari ini.

Beliau berkata penyimpan dalam skim itu bukan sahaja melabur untuk tujuan pendidikan, malah mendapat perlindungan takaful, dividen yang amat kompetitif serta pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun serta patuh syariah.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Mary Yap Kain Ching dan Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Muhyiddin menjelaskan SSPN-i Plus merupakan satu tabungan untuk dividen masa depan dengan pelaburan yang amat murah dan dijamin kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berkata sejak SSPN-i diperkenalkan pada 2004, prestasi tabungan itu amat menggalakkan menerusi jumlah pembukaan akaun mencecah 2.2 juta dengan jumlah deposit RM1.7 bilion, sehingga 30 April 2015.

Beliau turut menarik perhatian bahawa sehingga 30 April lepas, sejumlah 2.9 juta peminjam melibatkan peruntukan RM52 bilion telah menikmati kemudahan pembiayaan PTPTN dan angka itu sememangnya akan meningkat setiap tahun selaras dengan pembangunan modal insan melalui pendidikan.


Sambil mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas inisiatif mewujudkan produk itu, Muhyiddin berharap strategi sebegini dapat diteruskan dengan penglibatan lebih banyak organisasi dan agensi kerajaan serta swasta, yayasan dan badan korporat bagi menjalin kerjasama dengan PTPTN.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata PTPTN menyasarkan jumlah deposit bagi produk itu sebanyak RM2 bilion menjelang 2020.

Beliau berkata akaun SSPN-i Plus boleh dibuka melalui kaunter PTPTN berhampiran atau eksekutif pemasaran di seluruh negara.

SSPN-i Plus merupakan hasil kerjasama antara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful itu turut menganjurkan cabutan bertuah bernilai RM3 juta kepada semua pendeposit yang membuka akaun pada tahun pertama dengan hadiah utama berupa apartmen bernilai hampir RM500,000 di Lembah Klang.

Selain itu, empat buah kereta BMW juga ditawarkan bagi mereka yang bertuah melalui empat siri cabutan yang dilakukan setiap tiga bulan. – BERNAMA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori