Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sindiket Godam Data Imigresen,...

PUTRAJAYA - Sindiket terbesar dalam pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu sehingga...

Nizam Rahman Berang Netizen...

DUBSMASHER terkenal, Nizam Rahman yang gemar membuat parody video-video viral di media sosial kini...

Lebih 60,000 Pemandu E-Hailing...

LABUAN - Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata,...

3 Maut Dalam Nahas...

KUALA TERENGGANU – Tiga pemuda maut manakala tiga lagi cedera parah dalam nahas...

Muhyiddin Terima Kunjungan 4 Ketua Perwakilan Ke Luar Negara

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan empat ketua perwakilan Malaysia ke luar negara di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Ketua-ketua perwakilan itu ialah Datuk Abdul Samad Othman yang akan menjadi Duta Besar Malaysia ke Itali; Datuk Nazri Yusof (Belanda); Zainol Rahim Zainuddin (Arab Saudi) dan Mohammad Azhar Mazlan (Mexico).

Pertemuan Muhyiddin dan ketua-ketua perwakilan itu berlangsung kira-kira 40 minit.

Abdul Samad, 58, yang mula menyertai perkhidmatan awam pada 1981 pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Yaman pada 2007 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Afrika pada 2011 dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Barat pada 2015 hingga sekarang.

Sementara itu, Ahmad Nazri, 56, pernah menyandang jawatan sebagai Konsul di Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 1989 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Protokol, Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar sejak 2013 hingga sekarang.


Zainol Rahim, 55, pula pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya pada 2009 sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik, Kementerian Luar pada 2011 dan seterusnya Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan pada 2015.

Mohammad Azhar, 49, pernah memegang jawatan sebagai Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Filipina pada 2009 sebelum bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik pada 2012 seterusnya selaku Timbalan Ketua Pengarah, Penyelidikan dan Penerbitan, Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) pada 2014. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori