Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Astro Ceria Beri Keutamaan...

KUALA LUMPUR - Stesen televisyen Astro memberi lebih keutamaan kepada dua pelakon kanak-kanak...

Penjawat Awam Harus Setia...

PUTRAJAYA - Anggota perkhidmatan awam harus berpegang pada prinsip taat setia yang tidak...

Hishammuddin Gesa Anggota UMNO...

MERSING - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa seluruh anggota...

Che Ta Dikritik Pakai...

KALAU dah namanya selebriti, setiap inci perlakuan mahupun penampilan akan jadi perhatian netizen...

“Mujahid Letak Jawatan Kerana Bermaruah” – Suhaizan

KUALA LUMPUR – Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa seorang yang bermaruah kerana meletakkan kesemua jawatannya dalam kerajaan negeri pimpinan DAP serta merta.

Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, peletakkan jawatan itu sejajar dengan keputusan Muktamar PAS baru-baru ini bahawa parti itu telah memutuskan semua kerjasama dengan DAP.

“Tahniah kepada Mujahid yang turut mengambil keputusan meletakkan semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang. Ia sebagai tanda kita mempunyai maruah dan melaksanakan hasrat muktamar PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan melepaskan semua jawatannya di Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Mohamad Sabu memaklumkan meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Mujahid turut berbuat demikian dengan mengumumkan peletakan jawatan dalam semua jawatan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP.


“Saya akan meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah Yayasan Islam dan lembaga pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab) di bawah MAIPP dengan serta merta.

“Tidak kira bagaimanapun usul itu ditafsirkan, untuk berlaku adil, semua jawatan kerajaan yang dilantik parti harus dilepaskan secara serta-merta, termasuk di Selangor. Saya seorang lelaki bermaruah, saya menghormati keputusan perwakilan,” kata Mujahid.

Dewan Ulama PAS Pusat sebelum ini mengarahkan semua ahlinya di Pulau Pinang tidak meletak jawatan dalam kerajaan negeri walaupun Muktamar PAS meluluskan usul PAS memutuskan kerjasama dengan DAP. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori