MUZIK video (MV) terbaru, I Still Love You, Jennifer Hudson menunjukkan sokongannya terhadap perkahwinan sejenis di Amerika Syarikat.
Debut terbarunya itu adalah untuk menyokong usaha Logo TV yang memperjuangkan kempen #All50 yang menuju kepada Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk menghalalkan perkahwinan sejenis di kesemua 50 negeri di situ.
MV tersebut diarahkan oleh Tabitha Denholm dan Molly Schiot yang memaparkan sepasang lelaki bakal melansungkan perkahwinan dan dihadiri oleh bapanya yang membuat keputusan di saat-saat akhir.
Turut kelihatan menari bersama Jennifer dalam MV itu adalah Kim K, Lady Gaga serta Cruella dari filem 101 Dalmations tapi versi Mak Nyah!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt