Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Had Umur Mengundi Tidak...

KUALA LUMPUR - Pindaan pendaftaran warganegara berusia 18 tahun ke atas secara automatik...

Zuraida ‘Presiden Pengganti’ Parti...

KUALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) membuat keputusan menjadikan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai...

Mat Sabu Minta Nik...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mendakwa mendapat kerjasama makmal antarabangsa bagi menganalisis rakaman...

Kenal Pasti Sekolah Berisiko...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan agar sekolah...

Naib Ketua Pemuda UMNO Johor Lepas Semua Jawatan UMNO

JOHOR BAHRU – Naib Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Khairul Anwar Rahmat hari ini mengumumkan melepaskan kesemua jawatannya dalam parti itu bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja kemasyarakatan dan perluasan operasi syarikatnya berkuat kuasa 11 Julai ini.

Dalam kenyataan di sini, Khairul berkata beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang dan Ketua Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia.

“Serentak itu juga, pihak kami bakal meneruskan operasi firma Khairul Group ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh sebelum ini memandangkan Pengerusi kami (ketika itu) masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan,” kata Khairul, menerusi syarikatnya, Khairul Group, di sini.

Khairul, yang juga Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) itu berkata langkah terbaru itu diharap dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi antarabangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori