Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Guru Temukan Kalimah Allah...

PARIT BUNTAR - Seorang guru membuat aduan polis di sini berhubung sejenis alat...

Mahkamah Rayuan Cemar Hak...

KUALA LUMPUR - Gara-gara keputusan mahkamah tidak menyebelahi pembangkang, Angkatan Muda Keadilan (AMK)...

Stesen Angkasa China Bakal...

BERITA mengenai stesen angkasa milik China mungkin bakal terhempas di bumi Malaysia telah...

Insiden Ganas: 296 Pelajar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada pelajar Malaysia terlibat dalam...

Naik Court Sebab Buang Air Besar Ketika Lintas Jalan

London – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan membuang air besar di atas jalan raya.

Chris Cox, 25, didakwa di mahkamah atas tuduhan tidak senonoh dan mencetuskan kemarahan awam apabila membuang air besar ketika melintas jalan di Glastonbury dekat sini.

Dalam kejadian pada 31 Mei lalu, Cox yang mendakwa mengalami cirit-birit, tiba-tiba melondehkan seluarnya dan terus membuang air besar ketika melintas jalan.

Lebih menjijikkan lagi, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bersama ibunya yang berjalan di belakang Cox terkena najis lelaki itu.

Wanita itu yang terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan Cox membuat laporan polis.

Cox yang mengaku tidak bersalah di hadapan hakim memberitahu, ketika kejadian dia sakit perut dan tidak mempunyai pilihan lain.


“Saya tiada pilihan lain ketika itu melainkan membuang air besar di tengah jalan.

“Saya tidak berniat untuk berkelakuan tidak senonoh dan perkara itu terjadi secara spontan,” katanya.

Perbicaraan Cox disambung semula pada 7 Ogos ini dan dia dibebaskan dengan jaminan tanpa syarat. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=uESIxBblgzA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori