PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Puspanitapuri di sini, hari ini.
Hadir sama isteri Ali, Puan Sri Rohani Abdullah yang juga Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Kebangsaan.
Ali, yang juga Penasihat Puspanita Kebangsaan, dan isteri turut menyampaikan sumbangan Puspanita berjumlah RM80,000 kepada 2,916 individu yang memerlukan daripada 30 pusat kebajikan.
Antaranya Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Khairiyah, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Seberang Perai Selatan, Sri Ramakrishna Ashram Melaka, Pusat Jagaan Rumah Orang-Orang Tua Simee, Ipoh dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan.
Kira-kira 600 tetamu termasuk anggota jemaah menteri dan pegawai kanan kerajaan hadir pada majlis itu. – BERNAMA