KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa sedih atas tragedi kapal peranginan China yang mengorbankan nyawa penumpang di Sungai Yangtze di wilayah Hubei semalam.
“Ingatan dan doa saya bersama kawan dan keluarga mereka yang berada di atas kapal itu,” katanya menerusi akaun Twiternya di sini malam ini.
Menurut laporan televisyen BBC, lima penumpang terkorban manakala ratusan lain hilang selepas kapal yang membawa 456 penumpang itu terbalik semasa ribut taufan.
“Pihak berkuasa berkata sekurang-kurang 15 penumpang terselamat dan beberapa lagi ditemukan selamat dalam kapal yang tenggelam itu.
“Kapten dan ketua jurutera kapal tersebut yang terselamat telah ditahan,” kata BBC.
Laporan itu menyebut kebanyakan mereka di kapal itu adalah pelancong berusia antara 50 dan 80 tahun dan dalam perjalanan dari bandar timur Nanjing ke Chongqing di barat daya, iaitu perjalanan kira-kira 1,500km. – BERNAMA