Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor, TMJ Penuhi...

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang kanak-kanak yang mengidap penyakit kulit genetik sejak kecil,...

Angin Kencang Dan Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di...

Seorang Maut, 20 Cedera...

PATTANI - Seorang wanita berusia 50-an maut manakala 20 cedera termasuk tiga cedera...

2 Beradik Disyaki Didera...

TAPAH - Dua beradik yang disyaki didera ibu jagaan mereka akan ditempatkan di...

Najib Arah G. Palanivel Ikut Arahan RoS, Buat Pemilihan Parti

MENURUT satu sumber, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menasihatkan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel agar mengadakan pemilihan semula dalam parti itu seperti mana diarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas keputusan pemilihan pada 2013 dibatalkan.

Memetik laporan Astro Awani, ujaran tersebut dibuat PM ketika pertemuan dengan Palanivel pada pagi semalam di pejabat Perdana Menteri.

Betul Ke? Peserta Sokong Palanivel Dibayar RM50 Untuk Hadir

Selain itu, kedua-dua pemimpin berkenaan turut membincangkan tentang masalah dalaman yang sedang melanda MIC ketika ini.

“Najib telah memberitahu Palanivel supaya patuh pada arahan RoS. Itu sahaja yang saya boleh sahkan,” kata sumber berkenaan.

Dalam pada itu, sumber sama turut menafikan bahawa Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengetuai proses pemilihan bersama ahli CWC yang dilantik.

“Tidak, saya tidak fikir begitu. Dialah punca bagi segala masalah ini.”


Berdasarkan surat pendaftar pertubuhan, persetujuan untuk pemilihan yang bakal dibuat akan dikendalikan oleh interim CWC 2009-2013.

Parti terbesar masyarakat India itu mempunyai masa sehingga Oktober depan untuk melaksanakan pemilihan semula.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Datuk Seri G. Palanivel Gantung Keahlian 15 Pemimpin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori