Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bot Karam: Nelayan Warga...

KUALA TERENGGANU - "Takut, panik semua ada... alhamdulillah pak cik selamat... tapi pak...

KKM Kaji Penggunaan Ubat-Ubatan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan selain Baricitinib untuk...

Angelina Jolie Bakal ‘Hilang’...

SEMUA maklum bahawa selebriti Hollywood, Angelina Jolie memang tidak asing lagi dengan tindakan...

Keadaan Negara Belum Izinkan...

SEPANG - Keadaan semasa negara buat masa ini belum mengizinkan untuk proses pengalihan...

Najib Ziarah Jenazah Isteri Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini menziarahi jenazah isteri bekas menteri kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, yang meninggal dunia malam tadi.

Najib tiba di kediaman Tengku Razaleigh pada 8.30 pagi dan berada kira-kira 10 minit di situ.

Bercakap kepada pemberita sebelum beredar meninggalkan kediaman di Jalan Langgak Golf di sini, perdana menteri menyifatkan pemergian Allahyarham Noor Yvonne sebagai satu kehilangan besar buat Tengku Razaleigh.

“Arwah telah memberi banyak sokongan kepada Tengku Razaleigh. Ia satu kehilangan yang amat dirasai Tengku Razaleigh.

“Somoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya ringkas.


Noor Yvonne, 68, yang menghidap sejenis kanser darah, meninggal dunia pada 7.05 malam tadi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

Solat jenazah dijangka berlangsung pada 10.30 pagi ini sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sejurus selepas itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori