MUNGKIN kedengaran canggung, namun, seorang menteri Perancis menggesa agar seluruh masyarakat dunia menghentikan tabiat menjamah lepa coklat jenama Nutella seandainya ingin memanjangkan hayat bumi.
Nak tahu kenapa? Puncanya, Nutella menjadi punca kepada penebangan sebahagian besar pokok-pokok yang kemudiannya menjadi punca kepada aktiviti pemanasan global.
Memetik kenyataan Menteri Ekologi Perancis, Ségolène Royal, beliau berkata, tujuan pokok-pokok di dalam hutan ditebang adalah untuk dijadikan kawasan tanaman kelapa sawit yang menjadi antara bahan utama membuat Nutella.
“Kita perlu tanam semula pokok dalam kadar yang banyak setelah berlaku kemusnahan hutan secara besar-besaran yang mendorong kepada pemanasan global.
Pergh! Nutella Terjual Setiap 2.5 Saat Di Seluruh Dunia
“Kita patut berhenti makan Nutella sebagai contoh, kerana ia diperbuat daripada minyak sawit,” ujar Royal yang dipetik dari portal The Guardian.
Sambungnya lagi, “Kelapa sawit telah menggantikan pokok dan ia mengakibatkan kerosakan kepada alam sekitar.”
Lantas itu, dia mencadangkan agar Nutella mencari solusi dengan menggunakan bahan lain.
Manakala bagi jenama Ferrero, sebuah syarikat pengeluar coklat terbesar Itali pula, mereka sedar akan situasi tersebut.
Ujar pihaknya yang mengeluarkan produk Nutella, mereka akan memberikan sepenuh komitmen kepada usaha menggunakan sumber minyak sawit dalam kuantiti bertanggungjawab.
Sekadar informasi, Ferrero memperolehi bekalan minyak sawit sebanyak 80 peratus dari Malaysia, manakala selebihnya dari Papua Nnew Guinea, Indonesia dan Brazil.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Reaksi Responden Amerika Syarikat Saat Pertama Kali Menjamah Nutella