Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Azmin Minta Ongkili Tetapkan...

KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta Menteri Tenaga, Teknologi...

Keluarga Ini Agih Zamzam...

MAKKAH - Dengan umat Islam kini berada dalam musim haji, tentu ramai jemaah...

Chow Kon Yeow Angkat...

GEORGE TOWN - Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini mengangkat...

Kekasih Maut Seks Oral...

BERLIN - Seorang lelaki Jerman berdepan hukuman penjara lima tahun selepas didapati menyebabkan...

Nasrudin Nafi ‘Siku Dan Lutut’ Berunsur Keganasan

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa ucapannya yang menyebut tentang siku dan lutut dalam jubah telah diputar belit oleh pihak tertentu.

Kata beliau, ucapannya itu telah digambarkan sebagai percubaan beliau untuk bertindak ganas dan melampau ke atas pimpinan DAP.

“Perkataan itu digunakan secara defensif untuk mempertahankan PAS dan Islam yang diperjuangkan dari terus diserang dan dicabar.

“Ungkapan siku dan lutut tidak saya lafazkan untuk membawa maksud memulakan serangan atau menyerang secara melulu dan membabi buta, sebaliknya dengan maksud kami siap untuk mempertahan dasar dan prinsip perjuangan Islam ini jika ia terus diasak dan dicabar (DAP),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Nasrudin berkata, PAS diajar membawa Islam dengan lunak meskipun berdepan dengan tekanan dan ancaman tetapi kesabaran itu ada hadnya.

Beliau dalam ucapan semasa muktamar PAS baru-baru ini meminta agar DAP tidak terus mencabar kesabaran parti itu.

“Saya minta sungguh-sungguh. Jangan cabar kesabaran kami. Walaupun kami rata-rata pakai serban tapi dalam jubah ada lutut dengan siku yang boleh diguna,” katanya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori