Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Umum Mengandung Hanya...

"AKU mengandung. Hubungi aku." Ia memang mengejutkan apabila anda mendapat mesej berkenaan. Tambah...

Nelayan Hilang Setelah Keluar...

TAIPING - Seorang nelayan, Saidin Ishak, 56, dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke...

Pari Gergasi 305 Kilogram...

TUAH... Seorang nelayan di Kampung Kuala Nyalau, Bintulu, Sarawak berjaya 'menawan' dua ekor...

#TangkapAzamBaki: Peserta Mula Penuhi...

KUALA LUMPUR : Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT)...

Nazmi Faiz Digantung 6 Perlawanan Oleh AFC

SINGAPURA – Pemain tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor sah terlepas baki saingan acara bola sepak pada temasya Sukan SEA 2015 yang sedang berlangsung di Singapura.

Pemain Selangor itu yang sebelum ini digantung dua perlawanan, terpaksa menempah ‘tiket awal’ pulang ke tanahair.

Ia berikutan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan penggantungan enam perlawanan akibat kesalahan meludah pemain Timor Leste pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura, Sabtu lepas.

Hukuman berkenaan disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi entri terbarunya di laman Facebook, hari ini.

“Rasmi: J/kuasa Tatatertib AFC memutuskan Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan kerana meludah pemain Timor Leste Sabtu lalu,” demikian menurut FAM.


Tindakan Muhammad Nazmi Faiz meludah pemain Filipe Oliveira pada minit ke-31 perlawanan menyebabkan beliau dibuang padang oleh pengadil, Chuan Hui Foo dari Singapura, sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Pada perlawanan tersebut, skuad Harimau Muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee sekadar menang tipis 1-0 hasil jaringan D. Saarvindran pada minit ke-11. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori