Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 3 Lelaki...

TAWAU - Tiga lelaki ditahan dalam serbuan berasingan di Kampung Titingan awal pagi...

Yatt Hamzah Akui Tak...

PELAKON dan pengacara Yatt Hamzah digelar 'Yatt Sejadah' kerana sering berkongsi cara hidup...

Khairul Hafiz Jantan Berguru...

PETALING JAYA – Hasrat Raja Pecut Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan untuk...

Tak Tahan Cemburu, Lelaki...

SEORANG lelaki berusia 40 tahun terlibat dalam pertengkaran dengan seorang lelaki muda disyaki...

NBOS: Kad Diskaun 1Malaysia

KUALA LUMPUR – Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC) dihasilkan bertitik tolak daripada pewujudan program Skuad Pengguna dan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) yang dibangunkan oleh Bahagian Gerakan Kepenggunaan, KPDNKK pada tahun 2012.

Kedua-dua projek ini telah mengangkat keistimewaan kad identiti menjadi kad diskaun untuk dimanfaatkan oleh golongan sasaran.

Projek inovasi ini adalah suatu material hasil idea asli yang TIDAK DITIRU atau DIADAPTASI daripada mana-mana projek dari dalam atau luar negara.

Program 1MDC adalah bermatlamat membantu golongan yang memerlukan seperti OKU, Pesara dan Pelajar agar dapat memanfaatkan kuasa beli secara optimum.

Pasaran ekonomi yang sentiasa berubah telah mengakibatkan golongan yang memerlukan terhimpit dengan desakan pasaran.

Sehubungan itu, projek ini telah dicetuskan bagi mengimbangi desakan pasaran dan kelangsungan hidup bagi golongan ini.

KERJASAMA PINTAR

Kerjasama Pintar yang diketuai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), melibatkan perkongsian Rakan Dagang, iaitu syarikat-syarikat swasta yang memberikan potongan harga dan diskaun bagi barangan dan perkhidmatan kepada pemegang-pemegang Kad Skuad Pengguna, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), 1Malaysia Privilege Card (1MPC), Kad Bekas Tentera (KBT) Dan Kad Orang Kurang Upaya (OKU) serta Kad Pesara Kerajaan.

Hasil kerjasama membabitkan Kementerian dan agensi Kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini sendiri, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah satu inisiatif bersepadu NBOS.

Selain manfaaat kepada pemegang kad, perkongsian pintar ini juga dapat memberikan imbal balas kepada Rakan Dagang yang terlibat, antaranya:

I. Perkongsian ini menawarkan pasaran yang lebih luas dengan bilangan pemegang kad hampir 3.5 juta pemegang kad di seluruh Malaysia.

II. Promosi yang meluas ditawarkan kepada Rakan Dagang dengan logo syarikat akan dimuat naik ke dalam laman web www.1pengguna.com KPDNKK, dan akan dikongsi secara hyperlink di laman-laman web agensi yang terlibat, antaranya adalah laman web 1 Malaysia Privilege Card, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Veteren dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia secara percuma.

III. Penglibatan Rakan Dagang di dalam program-program kementerian yang terpilih dalam penyediaan gerai-gerai pameran dan jualan akan diberikan secara percuma.

OBJEKTIF PELAKSANAAN 1MDC

Program 1MDC telah menggariskan beberapa objektif dalam melaksanakan projek ini. Antara objektif yang menjadi fokus program adalah:

I. Transformasi Kerajaan untuk mengeksplorasi bidang baru yang dapat memberi keuntungan kepada masyarakat secara umum tanpa penglibatan kos yang tinggi kepada kerajaan.

II. Mengemblengkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dengan menaik taraf Kad-kad Identiti yang telah diwujudkan kepada kad diskaun.

III. Menggalakkan pengelibatan pihak swasta menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui konsep ‘Give Back to the Public’.

IV. Memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan seperti OKU, pesara, pelajar, ibu tunggal, petani, nelayan, belia, penjawat awam dan lain-lain.

KETERANGAN KAD-KAD DISKAUN 1MDC KAD SKUAD PENGGUNA (KAD SP) – KPDNKK

Kad skuad pengguna ini merupakan kad loyalti, kad diskaun dan pengenalan diri Skuad Pengguna.

Usaha ini dibuat dengan kerjasama Bank Rakyat. Kad Skuad Pengguna merupakan flash card dan bukan kad yang menawarkan mata ganjaran.

Ahli Skuad Pengguna hanya perlu menunjukkan kad berkenaan bagi mendapatkan keistimewaan.

Pendaftaran keahlian Skuad Pengguna boleh dilakukan dengan melayari www.1pengguna.com/SkuadPengguna.

Kad ini dibekalkan kepada kumpulan Sukarelawan KPDNKK yang sudi menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan untuk melaporkan sebarang salah laku urusan perniagaan dan membuat laporan kepada KPDNKK.

Sehingga 12 Mei 2015 sebanyak 232,041 telah menjadi ahli skuad pengguna.

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M) – KPDNKK

KADS1M diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Penuntut Malaysia yang belajar di luar negara juga tidak terkecuali untuk mendapat faedah melalui program ini. Sehingga April 2014, pelajar-pelajar Malaysia antara negara yang terlibat adalah:

Lebanon, Maghribi, Jordan, Scotland, Sweden, Denmark, Norway, Mesir, Mesir (Pelajar Perak), Indonesia, Russia, United Kingdom, Korea Selatan, Australia.

KADS1M merupakan flash card dan bukan kad yang menawarkan mata ganjaran. Pelajar hanya perlu menunjukkan KADS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapat diskaun.


Kad ini diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia. Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang/gantian.

Sehingga 12 Mei 2015, KADS1M mempunyai sebanyak 1,717,091 pelajar menerima KADS1M.

1MALAYSIA PRIVILEGE CARD (1MPC) – MOF

1Malaysia Privilege Card merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS7) yang memperlihatkan usahasama antara tiga kementerian iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Melalui program 1Malaysia Privilege Card ini, kira-kira 242,000 orang pegawai dan anggota Polis dan Tentera yang sedang berkhidmat akan dapat menikmati diskaun dan potongan harga yang disediakan apabila berbelanja di syarikat-syarikat rakan dagang yang mengambil bahagian.

Antara keistimewaan kad ini, ia boleh digunakan dalam perbelanjaan barangan keperluan harian, alatan sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan, barangan kesihatan serta beberapa kategori barangan dan perkhidmatan.

KAD BEKAS TENTERA – Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)

Kad Bekas Tentera (KBT) dikeluarkan kepada bekas pegawai dan anggota ATM yang layak sebagai pengenalan diri bahawa mereka adalah seorang bekas anggota ATM. Sebagai pemegang kad, pesara dan orang tanggungan yang layak boleh mendapat kemudahan rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan secara percuma.

Kad ini merupakan lanjutan daripada Kad 1Malaysia Privilage Card (1MPC) sebagai mengenang jasa para perajurit yang bersara secara terhormat, bagi menikmati diskaun rakan-rakan dagang yang mengambil bahagian.

Sebelum menyertai 1MDC, kad ini hanya digunakan untuk mendapatkan kemudahan hospital dan potongan 50 peratus di KTM.

KAD OKU – JKM, KPWKM

Orang Kurang Upaya termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Terdapat tujuh kategori OKU iaitu pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran, mental dan pelbagai.

Permohonan Kad OKU boleh dibuat di mana – mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.

Pemohon boleh mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU atau membuat permohonan secara online di http://spmoku.jkm.gov.my/smoku.

Walau bagaimanapun, setiap permohonan memerlukan pengesahan ketidakupayaan oleh pegawai perubatan.

Bilangan OKU yang berdaftar sehingga kini adalah seramai 471,714 orang.

Penerangan lanjut tentang syarat-syarat pendaftaran OKU dan kategori OKU boleh diketahui dengan muat turun Garis Panduan Pendaftaran OKU menerusi laman web www.jkm.gov.my.

Sebelum menyertai 1MDC, Kad OKU menikmati lebih daripada 20 keistimewaan, antaranya adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti Bantuan Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan, Geran Pelancaran, Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT), dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).

Selain itu, OKU juga menikmati pengecualian bayaran di hospital kerajaan, pengecualian cukai jalan oleh JPJ (bagi OKU fizikal sahaja), Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SPGP OKU) daripada Kementerian Sumber Manusia, kemudahan daripada Telekom Malaysia, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), dan sebagainya.

KAD PESARA KERAJAAN MALAYSIA – JPA

Kad Pesara merupakan Pengenalan Diri bagi membolehkan pesara memperoleh kemudahan perubatan di Klinik/Hospital Kerajaan.

Kemudahan Kad Pesara ini layak dinikmati oleh pesara/penerima pencen, juga kepada isteri/suami penerima pencen dan anak yang berumur 21 tahun (yang belum berkahwin).

Anak yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi boleh menikmati kemudahan ini sehingga tamat Ijazah Pertama (yang belum berkahwin).

Bagi anak cacat akal atau jasmani kekal yang tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur dikenakan.

Sebelum menyertai 1MDC, Kad Pesara hanya layak digunakan di hospital kerajaan sahaja.

Sehingga 13 Mei 2015, melalui inisiatif ini sebanyak 2,316 peniaga yang mengambil bahagian bagi menawarkan perkhidmatan kepada pemegang-pemegang kad diskaun. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=XOFJ7bjdxKE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori