Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Padah Abai Tanda Amaran,...

INILAH padah jika tidak makan nasihat, seorang lelaki yang mengabaikan papan tanda amaran...

IPCMC Mampu Perkasakan Integriti...

ISKANDAR PUTERI - Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dilihat...

Lim Tanya PM: Amirudin...

Lim Kit Siang mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya menjelaskan siapa sebenarnya...

Rumah Burung Walet Bantu...

SANDAKAN - Seorang pengusaha rumah burung walet (RBW) di sini menjadikan penglibatannya dalam...

Neelofa Nafi Bertudung Untuk Lariskan Perniagaan Sendiri

TAK baik tau tuduhan manja yang dilemparkan terhadap Neelofa Mohd Noor ni..

Ada ke patut orang cakap dia pakai tudung hanya sebab nak promosikan produk tudung jenamanya sendiri iaitu Naelofar Hijab.

Menurut Neelofa dia sama sekali langsung tidak mempunyai niat sebegitu sebaik sahaja mula mengenakan tudung sejak Julai tahun lalu.

“Apabila seseorang mula berhijab sebab nak lariskan produk, bagi saya niat itu perlu dihakis. Ini kerana saya sendiri niat berhijab kerana Allah dan hanya Tuhan saja tahu kenapa saya berhijab.

“Kita tidak boleh menghukum atau mengkritik sebab untuk seseorang itu mengubah kehidupan yang dibuat ke arah yang lebih baik, itu adalah hadiah bermakna daripada Allah. Perniagaan yang diusahakan itu adalah satu bonus disebabkan mereka sudah punyai nama sebagai artis walaupun ketika belum berhijab,” katanya memetik Berita Harian.

Ha, pandai-pandai je tau orang buat dakwaan kat si cantik manis ni.


Rasanya perniagaan yang diusahakan merupakan antara perniagaan selebriti yang paling mendapat perhatian peminat memandangkan tudung keluaran jenamanya sentiasa sahaja habis stok di pasaran.

Memang laku habis lah! Semoga terus sukses Neelofa! – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JASMIN 

#14 Cara Pakai Selendang Simple Terkini ala Neelofa 2015

https://www.youtube.com/watch?v=Kpkf2SOdbf0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori